17 Januari 2012

Blog Redesigned

Setelah sekian lama meletakkan gambar Ritsu & Yui yang sedang tukang menukang sebagai banner blog ini, pada hari ini aku memuktamadkan design terbaharu untuk blog ni. Dulu kononnya "this blog is under construction", tapi dekat 6 bulan lebih under construction, nampak sangat malasnya... hahaha.



"... Namun pengubahsuaian blog mengambil masa yang lama kerana mereka berdua mana tahu nak design blog. Main alat muzik tahulah. Walau bagaimanapun, tiada sesiapa yang terpijak paku sepanjang blog ini diubahsuai."

Ni serba sedikit detail mengenai design baru blog ni sekarang (bertarikh 17/01/2012):
  • Banner blog baru. Meet Misaka Imoto (To Aru Majutsu no Index). Hajatnya nak buat banner bertemakan "armed girls", aku ingat nak cari gambar yang lagi bagus tapi malangnya tak jumpa yang sesuai. Yang ni pun okey boleh lah - kata G-kin dengan nada yang berseloroh.
  • Scheme color tukar hitam kelabu, color link biru. Font untuk post title & widget title iaitu Verdana.
  • Favicon blog pun tukar baru. In case korang still nampak icon "muka cute" tu korang kena clear cache untuk tengok yang baru.
  • Setiap post ada social networking button, dimana anda boleh share mana-mana post dalam blog ni (kalau menarik) samada di Twitter, Facebook mahupun Google Plus. 
  • Facebook Shoutbox pakai sistem komen Facebook, sebab Shoutmix dah tutup free service mereka. CBox aku malas nak guna sebab sakit hati dengan blogwalkers penipu tu. Yang ni guna ID Facebook, senang aku nak tengok siapa yang komen, siapa yang gatal tinggalkan iklan jual minyak (padahal tak pernah ada orang promote minyak kat shoutbox dulu). By the way shoutbox ni still beta testing, nak cuba dulu. Mungkin aku buang kalau tak menarik.
  • Mulai daripada post ini, sistem komen sekarang menggunakan IntenseDebate. Yang ni kalau korang tak ada akaun Google, boleh post komen kat sini pakai akaun Facebook, Twitter, Wordpress dll. Aku taknak orang yang tak ada identiti post komen kat sini, lebih-lebih lagi berlagak macam pro. If you have guts to post comments here why not show yourself instead of hiding under Anonymous name? By the way aku tahu IntenseDebate ambil sedikit masa untuk loading, so harap bersabar.
Okay, itu sahaja yang dapat aku terangkan pasal design baru ni. Dan mungkin ada widget baru yang akan saya tambah pada masa akan datang, tapi tak sampai membebankan pengguna internet yang slow kerana aku punya internet pun slow jugak lol. OK, see you again.