31 Disember 2011

2011 Conclusion




How do you do? Beberapa minggu lepas aku ingat nak tutup blog ni buat sementara, hajatnya nak tukar design tapi sebab kesibukan so aku tak ada masa nak buat, tambahan lagi ada permintaan daripada beberapa pihak yang nak baca satu daripada artikel yang pernah aku post dahulu, so blog ni aku bukak balik dan maybe takkan tutup lagi kot (I thought no one interested with the content of my blog before...). Sempena hari terakhir dalam tahun 2011 aku nak cerita sikit mengenai major things (peristiwa besar) yang berlaku pada diri... aku. Ya lah, takkan pada diri pak mat pembancuh teh kat kedai kopi pulak (apahal aku melalut ni?).

1. Latihan Praktikal - Tahun ni pertama kali buat latihan praktik untuk course Diploma Sains Komputer, dan paling best sekali ialah bukan dibuat kat company swasta biasa, tapi di pejabat kerajaan persekutuan. But I paid the heavy price there, pejabat kerajaan tak ada elaun untuk praktikal so basically kami (aku & member aku sorang lagi) buat kerja percuma. Tapi at least kawasan sekitar sangat relaxing dan banyak kedai makan yang bagus. Awesome.

2. Kematian Ayah - Pemergian beliau telah mengubah nasib kami sekeluarga. I think I have already talked about this before and I will not mentioned it again, and also next month I'll make a post about it.

3. Kerja Part Time - A real & pure part time job. Sebenarnya saya sebelum ni pernah kerja dulu, tapi kerja kat Tesco tu aku tak anggap sebagai pure sebab time tu arwah ayah aku tolong carikan. Lepas SPM terasa gila duit sikit, sebab duduk rumah amat boring. Plus, practical training is not counted as "job" to me since I got no pay. Apasal aku kata kerja part time yang tahun ni pure? Sebab inilah satu-satunya kerja yang aku cari sendiri, tak mintak sesiapa tolong carikan. Kerja macam siot, tapi at least dapat la sambar satu external HD 1TB. Whoops, 'sambar' disini bukan maksudnya curi, ni dari hasil titik peluh sendiri.

4. Sambung Ijazah - Bulan 9 dapat panggilan sambung belajar peringkat Ijazah dalam bidang Multimedia Computing. Asalnya aku taknak sambung sebab taknak menyusahkan mak, tapi dia suruh aku sambung jugak. Katanya jangan harapkan gaji pekerja peringkat diploma yang sikit nak mampos tu. Ok, I guess you are right, mum. Disebabkan aku sambung kat UiTM yang bertempat di Academic City Shah Alam (alang-alang macam anime Index & Railgun la pulak), boleh dikatakan kali pertama aku menjejakkan kaki keluar daripada Kelantan ni. This place isn't a strange things for me. Tapi course yang aku ambil sekarang ni amat... amat... =_=;

5. Konvokesyen - Usaha 3 tahun selama ni di UiTM Machang membuahkan hasil, walaupun aku ingat yang final year project aku macam gampang je aku tengok. But at least dapat menerima segulung diploma. Taklah susah sangat di peringkat diploma ni, tapi pandai-pandai la nak survive. Walaupun arwah ayah tak sempat tengok aku konvo, at least mak ada datang. Its okay, I don't need those lazy bumps at home to attend. :V

6. Comic Fiesta - Ni animecon yang kedua aku hadiri. Kali pertama di J-Fest, tapi kurang menarik sebab banyak focus kepada Japanese culture, anime kurang. Tapi Comic Fiesta ni paling hebat. Sebabnya CF ni animecon paling terbesar di Malaysia (siap tempah KL Convention Center lagi). Cosplayers pulak banyak yang win daripada yang fail. Dan tak macam J-Fest yang aku terpaksa foreveralone disana, kat CF aku datang dengan beberapa member dari satu komuniti anime yang aku join. Official booth banyak goodies yang menarik, doujin booth pun sama jugak, banyak pilihan. Cuma yang aku menyesal ialah terpaksa attend 1 hari je sebab sibuk dengan assignment & project yang nak kena submit lol. Dan satu lagi, hujung semester bermakna aku teramat sengkek so tak dapat borong banyak. Tapi tak bermaksud aku tak beli apa-apa kat situ. So my loot is Nendoroid Hatsune Miku & satu pek stiker Hatsune Miku (time ni aku taktau nak beli apa so lantak lah). Honestly I'm not really a rabid fan of Hatsune Miku but in terms of character design, I like her. Hajatnya nak sambar t-shirt Misaka Mikoto tapi tak ada saiz L. Meh. But by the way, aku harap event macam ni ada pada pertengahan tahun hadapan.

So kesimpulan saya pada tahun ni, agak menarik jugak walaupun pemergian ayah menyebabkan "sorrowness" aku meningkat. I can't say this year is the best since the painful event happened this year too. Or, is the good moment in this year covered my sorrowness? Not sure...

Well, see you again.
P/S: The tone in this post is not 100% serious. We apologize for any inconvenient.