![]() |
| Computer service is srs business. |
Pada tepat pukul 6 petang tadi saya meletakkan jawatan saya sebagai juruteknik komputer di sebuah kedai komputer
Antara sebab kenapa saya quit:
1) Saya gi Shah Alam 6 haribulan depan, so kalau saya sambung sebulan lagi pun tak cukup sebulan kerja. Bila tak cukup sebulan kerja, tak dapat full gaji sebulan Tu pun kalau saya nak sambung, tapi hakikatnya saya memang taknak sambung.
2) Manager - Dia ni punca terbesar kenapa saya nak blah cepat-cepat dari tempat tu. Banyak komplen, banyak tanya, kuat dengki dan macam-macam lagi. Ada hari tu gua takleh setel satu problem berkaitan dengan laptop, saya jawablah tak tahu nak selesaikan. Dan dia marahkan aku "Mana boleh kau cakap tak tahu. Sebagai seorang technician kau kena tahu apa masalahnya dan macam mana nak solve masalah tu". So kenapa engko tak nak tolong aku, bagitau aku cara nak selesai, senang? Kata pandai sangat? Dia jugak selalu menyibuk kalau ada satu tugas yang diberikan oleh orang lain (bukan melalui dia). As example ada customer nak disinfect virus dalam laptop dia. Bila saya nak guna tools dalam virus removal kit aku, dia menyibuk "Tak payah susah-susah nak buang virus tu semua. Backup data, lepas tu format. Abis cerita." Tapi yang susahnya nak install balik driver dengan software sekali dah makan banyak masa! One more, dia ni kaki dengki. Menurut apa yang dikatakan oleh kerani kedai, dia sebenarnya tak suka kitorang (aku dan rakan sekerja yang lain) duduk kat meja mensyuarat dan main Facebook. Ok, give me the work and I'll finish it, then I'll back to FB sebab dah setel kerja, kan? Dia tak suka kitaorang main Facebook, tapi dia pun sama je. Macam la aku tak tahu dia pun main Zynga Poker (dia main time boss takde). Dasar hipokrit. Now I've quit and I'll never see his face again. Dan minggu lepas dia lipat meja tempat kitaorang selalu lepak dan dia bagi meja yang mana dia boleh tengok skrin laptop kitaorang. Privacy intrusion! Tapi at least dia ada bright side jugak, pasal dia jugak mention kat boss mintak bayar komisyen projek tarik kable network kat sebuah klinik kepada saya bulan lepas.
3) Polisi mahupun business rule kedai ni memang melecehkan. Mula-mula saya ingat jadi technician ni buat kerja kat situ je, tak pergi mana-mana. Manager ada mention yang technician pun ada tugas outsourcing iaitu service kat luar kawasan. OK, aku boleh terima. Tapi yang lecehnya, secara automatik saya kena jadi despatch - hantar quotation / delivery order, deposit cek, beli barang kat kedai supplier. Why? Sebab saya bermotosikal. Staf-staf yang pakai kereta dikecualikan atas alasan "susah nak parking". So sapa-sapa yang ada motorsikal tu automatik kena jadi despatch. Satu lagi dah tahu sesetengah barang tu laku dijual, selalu ada orang order/beli, kenapa tak simpan stok banyak-banyak? Kan dah menyusahkan aku kena gi kedai supplier almost tiap-tiap hari...
4) Last but not least, salary raise - saya dah kena tipu hidup-hidup pasal ni. Masa interview dulu manager tu ada beritahu yang kalau performance saya bagus, gaji saya akan dinaikkan. Gaji bulan pertama : its okay sebab baru je mula. Gaji bulan kedua. Big fat lie. Next paycheck aku nak berhenti. Dan masa aku dok curi dengar pasal tempat kerja aku nak cari technician baru, boss aku tengah cakap dengan orang yang tanya pasal jawatan kosong tu, "Kalau nak kerja dengan aku boleh, tapi gaji RM400 je". I was like o_o. Dah berjela-jela kertas permohonan jawatan kosong, tapi lepas diaorang kena interview takde satu pun yang nak datang kerja sini. Ada sorang staff baru kerja baru 1 minggu, dah blah selepas dia tahu perangai sebenar manager tu (yang ni aku taknak cerita). Should I be here again?
![]() |
| "Takmoh!" |
P/S: I guess my dedication only last for 3 months?


