So nak diceritakan, permohonan kemasukan ke degree dah berjaya, dan aku ditawarkan satu course that will kill me - Multimedia Computing. Why? Sebab salah satu kelemahan aku ialah: tak kreatif. Aku pilih course tu sebab atas minat, bukan atas kemampuan (tambahan lagi first choice pulak tu hakhakhak). Lupakan pasal degree tu. So apakah kaitan pergi KL dengan dapat degree? Let me say, aku ditempatkan di kampus Shah Alam, dan kampus itu memang aku idam-idamkan sejak dulu lagi, dan aku akan buat apa sahaja, asalkan dapat study near KL. Hahaha.
Beralih kepada pengembaraan G-kin ke KL.... So aku follow sorang kawan aku yang ajak aku gi secure rumah sewa kat Shah Alam masa hari Jumaat lepas, sebabnya lepas keluar result memang kena cari rumah sewa cepat-cepat kalau tak dapat kolej (saya pernah jadi NR sebelum ni... dan amatlah pahit kalau lambat cari rumah sewa, I told you.) Dan alhamdulillah,kawan saya sorang lagi yang dah stay kat KL dah pun carikan rumah sewa untuk kami satu geng, dan rumah tu memang dekat dengan kampus (area mana takleh bagi tau... privacy lol). Dan saya dan kawan saya gi ke shah alam nak tengok tempat tu. Walaupun perabot less furnished, sekurang-kurangnya taklah buruk sangat dan basic neccessities macam katil/tilam/peti sejuk ada. Tapi takpe, lepas ni kita rombak habis-habisan. 2 tahun nak dok situ (katanya kawan saya, tu pun kalau takde rumah sewa kosong yang lagi bagus lepas ni).
Hari Sabtu, kawan saya belanja tengok wayang, citer Transformers. Dan tahukah anda hari itulah first time saya baru jejak kaki dalam panggung wayang sepanjang hidup aku selama ni? Hahaha memalukan betul. Hari Ahad, balik tumpang keta kawan kepada kawan saya. Dan terima kasih banyak-banyak kepada ahlul bait (ahli rumah) tempat kawan aku stay semasa dok KL kerana sudi belanja kami makan.
Dan lastly (ini bahagian yang tak penting): dulu bila aku dapat chance pergi KL sebelum ni salah satu perkara yang aku menyesal ialah tak beli something unique yang aku takleh nak dapat kat Kelantan ni, so aku belilah Majalah Newtype, iaitu salah satu majalah otaku yang popular kat Jepun.
![]() |
| "Kita masih lagi tak tau nama bunga yang kita tengok pada hari tu" |
Benda alah ni bereger 650 yen, tapi bukannya aku pakai currency Yen pun time beli ni. Harga kat sini dalam RM41, jumpa benda ni kat Jusco Midvalley hari Sabtu lepas, dan beli sebab aku ni gelap mata. Asalnya aku ada mintak kat kawan aku nak gi jalan-jalan kat Suria KLCC (niat sebenar nak gi beli Megami magazine kat Kinokuniya), tapi kawan aku tak bagi sebab jauh dan makan banyak masa, so ni je yang sempat aku beli kat Midvalley. Animetech pulak jual benda-benda lama still ada time aku datang sini 2 tahun lepas. Funny thing is masa aku beli majalah ni, mamat yang jadik cashier tu tampal resit tepat-tepat kat muka Menma. Aku rasa mamat tu maybe nak tolong aku kot sebab memang memalukan kalau aku berkeliaran dalam shopping complex ni sambil bawak majalah yang takleh nak digulung, dan tambahan pulak hari sabtu = no plastic day. Oleh itu aku beli satu beg untuk cover majalah ni. RM20 abis lagi... uhuhuhu... Dan kenapa aku gatal sangat nak beli majalah yang sepatah haram aku tak paham bahasanya? Poster besar, freebies, high-quality illustration, lebih halaman. Does local anime magazine have this feature? No...
Sebenarnya ada satu perkara yang aku tak puas hati semasa aku dok sana: aku gi breakfast kat KFC Midvalley, order Zinger combo tapi diaorang tak hantar Cheesy Wedges aku! Damn.
P/S: Inb4 G-kin is a noob that show off his first otaku magazine while the others haz tons of them. Yes I am. :)

