So, sekarang ni pengajian peringkat diploma dah selesai, tak ada lagi kuliah, aktiviti kelab, mesyuarat kelab, presentation dll. Cuma nak tunggu konvokesyen je, tapi yang ni pun lambat lagi. Tapi bukannya kali terakhir, sebab saya ada apply penerapan ke ijazah sarjana muda UiTM, so paling lama kena tunggu pun 4 bulan lagi. Memang aku ada agenda nak buat kat sana selain sambung belajar. Apa benda tu? Hahaha taknak bagitau.
Dan sekarang ni juga saya bekerja sebagai computer technician sementara di sebuah kedai komputer kat Kota Bharu (nama company saya tak boleh bagitahu, this is my privacy). So far, saya diterima bekerja di sana dan setakat ni kerja saya cuma tarik kabel network dan hantar dokumen (a.k.a despatch). Mungkin sebab saya tak pandai nak buat patch cord kot... hahaha. Dan saya terfikir kenapa begitu mudah saya diterima bekerja walaupun dalam iklan kerja dinyatakan yang pemohon akan disenarai pendek (shortlisted) terlebih dahulu sebelum ditawarkan kerja. Tapi, hari Isnin lepas saya isi, hari tu jugaklah temuduga dan dapat tawaran kerja. Kenapa? Jawapannya, saya membuat keputusan yang teramat bodoh iaitu mintak gaji RM400 kerana sepatutnya gaji standard technician adalah sekitar RM600. So, I failed, hard. orz. Tapi tak apa, cari pengalaman dulu. XD
Dan satu berita yang terbaru, kereta arwah ayah saya telah pun ditarik balik oleh pihak bank petang hari ni. Kejadian ni berlaku semasa saya tengah kerja, dan dapat tahu daripada mak. Saya dah pun expect yang kereta tu akan kena tarik bila-bila masa saja, sejak arwah ayah meninggal, dan mak tak mampu nak bayar bulanan kereta tu. Jadi, kami terpaksa terima seadanya. Walaupun begitu, saya terasa sesuatu kehilangan besar dalam keluarga kami, tambah-tambah lagi harta hak milik arwah ayah.
Ok, sampai disini sahaja buat masa ni.

