25 Mac 2009

Celcom Broadband ... Prepaid?

(Aduh la... nak dekat sebulan 1 post pun tak ada? Takpe, at least 1 bulan mesti ada post. Tapi tak semestinya 1 post saje satu bulan, kalau sempat maybe 2, 3 mahupun sepuloh post... gurau je!)


Seperti title post ni, Celcom telah melancarkan satu produk baru iaitu Celcom Prepaid Broadband, yang merupakan pakej broadband prabayar yang pertama di Malaysia. Dengan kata lain, anda cuma perlu "top-up" untuk gunakan broadband, seperti anda gunakan telefon. Starter Pack boleh didapati dengan harga RM25 sahaja.

Prepaid Broadband sama dengan pakej Celcom Broadband dulu, cuma kaedah pembayaran sahaja lain. Kalau Celcom Broadband biasa anda kena bayar bill tiap-tiap bulan, sekarang dengan Prepaid Broadband anda boleh bajet beberapa lama anda nak guna broadband dan time nak guna kena pastikan kredit cukup.

Penggunaan kredit dalam Celcom Prepaid Broadband ada dua:

Daily Unlimited - Bayar RM6 untuk kegunaan sehari (24 jam) sahaja dengan kelajuan 384kbps.

Weekly Unlimited - Bayar RM20 untuk tujuh hari dengan kelajuan 384kbps.

Tapi, untuk menggunakan pakej ni anda mesti menggunakan telefon jenis 3G/HSDPA mahupun 3G modem seperti Huawei.

Dan, seperti biasa, kredit Celcom Prepaid Broadband pun ada luputnya... kredit anda akan luput pada hari ke 101 setelah tempoh airtime tamat. So, gunakan kredit anda dengan bijak.

Untuk keterangan lanjut sila ke laman web Celcom Broadband.

P/S: Pakej ni merupakan berita baik untuk bebudak kolej terutamanya aku tujukan untuk bebudak kolej kat UiTM Machang yang dah puas dengan perkhidmatan IMC Hotspot yang tak benarkan anda download dan tengok Youtube. Tapi anda kena ada modemnya yang bereger lebih kurang RM400... kalau henset anda ada keupayaan 3G /HSDPA pun okey jugak...

P/S/S: Dan bagi aku... lebih baik aku pakai Celcom Broadband yang sedia ada sebab kalau aku nak pakai untuk sebulan dah habis RM80 (RM20 X 4). So dah aku dapat pakej sebulan dengan bayar RM68, buat apa lagi aku nak habiskan wang dengan RM80 disebabkan prepaid? (Namun dua-dua pun bisa menyengkekkan duit aku jugak...)

10 ulasan:

  1. sebulan 2 3 kali ye.. hehe...

    cukuplah aku seksa pakai celcom bodben nie..
    pada yg lain, jgn ar pakai.. haha..

    ni pon terpaksa.. tak tau yg mana lagi bagus..

    BalasPadam
  2. sebulan 2-3 kali post... tu kalau sempat sbb minggu exam nak start...

    cuba try digi broadband, khabarnya pakej serendah RM58 speed 700+kbps.

    BalasPadam
  3. hah.. itu la.. celcom broadband prepaid.. lagi elok atau lagi teruk..?? tak payah kot.. huhuhu.. nak try digi broadband lak..

    BalasPadam
  4. tak kira celcom broadband ke, digi broadband ke, maxis broadband ke ada sahaja kelemahan dan perkara yang customer tak puas hati. Biasa la... wireless broadband ni baru je diperkenalkan. Tapi sepatutnya diaorang belajar dengan company broadband luar negara tu.

    BalasPadam
  5. ada satu kedai kat kelantan, dia jual starter pack rm69 satu. nasib baik nampak blog ni, kalu x ruugi duit je.

    BalasPadam
  6. Haa... jgn beli. Belilah dengan pihak celcom terus. Ni bukannya starter pack Happy nak jual mahal2.

    BalasPadam
  7. aku duk uitm machang jg, sbb problem dgn imc hotspot maka aku pun daftar guna celcom broadband. setakat ni kawasan di uitm machang ok je. coverage celcom broadband di machang lagi bagus drpd di kota bharu..ini pendapat aku la yang dah lebih setahun guna celcom broadband di uitm machang. kalau di kota bharu mmg beronar la tp dekat kampus kita tu ok je

    BalasPadam
  8. Salam... la x ya ar nak salahkn celcm ke, Digi ke, Maxis ke? Bagi aku masing2 ade klbihan tsndri.. Tgok nasib gak ah.. Sblm nie aku gune clcm pstpaid brdband.. ade maslah skit, bil entah2 leh naik cecah lebih harga kontrak.. pastu aku close dan tukar ke digi plak.. pn sama.. pa lg.. aku tutup gak... la ni aku guna celcom prepaid broadband. setakat ni aku puas hati sgt. aku leh badget ngan mudah... so. kpd mmber2 len, aku bkn nak tunjuk terror, tapi kita kene piki.. tak semua benda tu sempurna. mesti ade cacat celahnya.. yang penting guna sesuatu produk tu biar la mengikut keperluan. Dan nak nilai sesuatu tue gune la akal berbanding perasaan.. k.. salam....

    BalasPadam
  9. @Anonymous atas ni:

    Saya tak salahkan mana2 pihak, saya dah nyatakan setiap perkhidmatan ada cacatnya, so kita kena perhatikan kelemahan tersebut supaya kita dapat buat pilihan yang bijak, dan penyedia khidmat broadband pun kena perhatikan kelemahan tersebut supaya mereka dapat memperbaiki kelemahan tersebut. Itu sebab saya cadangkan penyedia broadband 3G kat Malaysia ni kena banyak belajar dengan provider kat luar negara tu, supaya mereka dapat perbaiki lagi khidmat broadband. Dan cacat cela bukannya barah yang tak dapat diubati, walaupun cacat anggota badan pun at least ada tangan dan kaki palsu sebagai ganti. Dan kalau saya nilai guna perasaan dah lama saya hentam customer service mahupun quit terus daripada celcom broadband.

    Btw, customer is always right dan pelanggan ada hak untuk memilih.
    Assalamualaikum.

    BalasPadam
  10. Kepada sesiapa yang berminat boleh email atau pos fotocopy ic kepada saya . Tempahan di buka sekarang dan aktif pada 25 @ 26hb disember 2009 . Cepat sebelum terlambat !!! . Kepada yang berminat untuk dapatkan package sekali dengan broadband RM280 + RM10 untuk penghantaran .

    email : inteleca_trading@yahoo.com

    akaun bank : 02011010096404 ( bank Islam Atas nama INTELECA TRADING )

    tempahan di buka sehingga 25hb nie sahaja . tq

    BalasPadam