27 Mei 2008

GTA San Andreas - Anime Mod

Pernahkah korang tengok video ni kat Youtube?


Samada korang peminat game ni atau anime itu, mesti korang n00b yg x tau apa tu game modding terkejut atau tertanya2, macam mana watak asal dalam game ni iaitu lelaki berkulit hitam dan orang2 awam yg mengambarkan masyarakat Amerika Syarikat dah jadi watak2 dalam anime atau game yg diorang pernah tengok? Oh yea... video inilah yg mendorong aku membeli game Grand Theft Auto: San Andreas kat kedai cd game pirate untuk aku main dalam cuti panjang ni.

Berbeza dengan game GTA Vice City, peta game ni lebih besar dan ada banyak mission untuk korang cuba. Kalau versi dulu korang boleh pandu helikopter jer, sekarang ni kapal terbang pun boleh. Isk malas aku nak cerita panjang2, lari topik pulak malu sbb review game lama yg org lain lama dah tahu

Apa yg dipanggil anime mod tu sebenarnya satu istilah untuk memasukkan skin + model kedalam game ni dengan menggantikan model asalnya. Contohnya aku gantikan watak2 Groove Street gang kepada watak2 anime Lucky Star.



Kalau nak tukar model untuk watak utama pulak x sama dgn watak2 lain, sbb watak utama boleh dicustomize dlm game (naik muscle, cacah tatu, pakai baju lain, dll). So kena guna mod SkinSelector yg dicipta khas kalau korang xnak guna watak CJ, boleh guna watak doraemon ke, superman ke, apa2 je lah.

Bila korang tukar models, bukan setakat dalam game saja. Kalau main game multiplayer macam MTA ataupun SA-MP pun korang boleh guna watak tu jugak (tp untuk side korang jer. Player lain x tahu pun yg korang dah tukar skin tu.)




Dan disebabkan ianya fan-made models, ianya ada kelemahan, terutamanya dalam cutscene (bila korang main mission yg asal). Disebabkan ketinggian mereka x sama dengan ketinggian watak asal, tengok dlm cutscene kaki diaorang x jejak lantai sebab nak samakan lokasi ketinggian mereka. kalau jejak lantai pun, tengkuk models tersebut kelihatan tinggi, dan mencacatkan models. Masa memegang senjata, posisi senjata tidak disetkan kepada model yg diubah kerana disetkan untuk model yg asal, so korang akan perasan yg senjata yg mereka pengang seolah2 terapung dan tidak dipegang. Time naik kenderaan, kalau naik kereta nampak models tu tenggelam dalam seat kereta dan kalau naik motor, tangan tak pegang handle motor (sbb tangan pendek). Satu lagi, mod SkinSelector x berkesan semasa cutscene, so akan bertukar kepada watak asal game ini.



Tapi, wait a minute! X semua watak yang korang nak tu boleh didapati (kalau korang pikir nak letak watak Naruto dlm gama) sebab models2 tu dibuat oleh mereka yg reti 3D modelling jer (mcm Lightwave, 3ds Max, Zmodeler). Nak buat sendiri memang susah. Dan walaupun pereka model ni reti 3D modelling pun diorang ambik masa yg lama untuk wat model ni sebab nak buat model ni kena detail dan teliti, supaya x nampak cacat. Lagipun mereka ni ada cancelkan sesuatu model yg mereka buat (pening kepala kot). Dan korang x boleh request diorang buatkan model baru, contohnya korang suruh diorang wat model Naruto untuk korang main dalam game GTA San Andreas. Walaupun korang mintak dengan baik pun, jangan mimpi sampai mengigau, sebab mereka xkan buat punya. Lagipun model yg diaorang reka pun atas minat diorang, xde siapa yg mintak diaorang buat model tersebut.

Berminat, huh? Kalau perlu, nanti aku wat post tentang macam mana nak tukar kekasih models dlm game ni. (Kalau xnak tunggu, tanya la pakcik Google)









 

4 ulasan:

  1. macam nak gunakan skin selector?? sebab aq da ade bende ala tu....tu aq xreti guna...boleh terangkan cam ner nak guna,..dan lagi aq ade download skin anime...tapi xreti nak tarok kat ne

    BalasPadam
  2. download cleo,install.. download img.tool, pastu download skin yg korang suke. da download skin tu extract dlu pas uh g img tool click open, bukak lokasi game gta anda,click cleo, click imgskin. and then tkan add. cari skin yg korang download and dah diextract tu, add file (cth.skin.dff and skin.txt) siap. maen game gta, pas uh nk tuka karekter tekan tab e+q

    BalasPadam